Tuesday, April 12, 2011

pErlu ke TUkaR kErEta BaRU



Speedometer...dah 116971 kilometer kereta ini berjalan dalam tempoh 8 tahun. Rasanya tak la banyak sangat kilometer jika dikira dengan usia kereta ini. Maklumlah yang jadi mangsa untuk berulang-alik pergi balik kerja kereta yg satu lagi. Memang teruk kereta yang satu tu kene lanyak tapi yang saya paling 'respek' pada kereta tempatan...maintenance rendah, jimat minyak dan lasak....

Kembali pada tajuk di atas...perlu atau tidak???..Sedang berkira-kira nak sambar model kereta idaman tapi bila dipikirkan kata- kata big boss pagi tadi....erm...... takper...pikir panjang-panjang dulu...

1. Sepanjang guna tak penah meragam...cuma tingkap tu dah 3 kali tukar..last-last fed-up sangat guna alat ganti tiruan yang dibuat dari besi..Alhamdulilah dah 3 tahun guna tak ada masalah lagi.( Yang ini pihak pengilang kene la rasa malu sebab apa alatganti tulen mereka terlalu rendah kualiti dibandingkan dengan sesetengah alatganti tiruan yang ada di pasaran)

2. Cat dah mula pudar di beberapa bahagian terutama di bahagian bumper...

3. Panas hati tengok adik yang baru keje dah pakai kereta import...hehehehe...

No comments:

Post a Comment