Saturday, April 2, 2011

MEMILIH PASANGAN HIDUP


Artikal ini saya jumpa dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu dan saya petik setakat isi yang penting-penting sahaja.

Tajuknya: Memilih Pasangan Hidup

Percayalah kepada 'Kata Hati' terhadap siapa yang hendak dipilih sebagai pasangan hidup.

Syarat pertama bagimu untuk memilih bakal suami/isteri ialah dia hendaklah benar-benar yang kamu cinta, tidak ada keraguan dan berbelah bahagi...

Jika ada setitik keraguan...tangguhlah dahulu. Ini merupakan pilihan untuk hidup sepanjang hayat. Kalau silap memilih, tidak ada jalan penyelesaian. Untuk bercerai dan berganti baru adalah jauh lebih susah daripada mula-mula kita khawin...

Kriteria;

- Calon mestilah yang beragama, keturunan baik-baik,berpendidikan dan di zaman ini pula lebih baik memilih yang berkerjaya bagus di samping faktor kesihatan.

- bagi lelaki pula disamping itu ada satu faktor yang paling penting selain disebutkn itu. Lelaki yang normal, cukup hormon(tidak songsang)mesti memilih wanita yang cantik....Ya..cantik tu subjektif bagi pandangan seseorang.Untungnya bagi wanita pula...Ada perempuan yang dipandang cantik oleh lelaki tertentu dan ada pula yang tidak menarik bagi lelaki lain. Jadi semua wanita mempunyai peluang yang sama untuk hidup berpasangan...(ehhh..paham ker tulisan saya ni...heheheh pikir sendiri la ye..)

Sememangnya kecantikan akan pudar ditelan usia tapi makan masa bertahun juga. Bila pudar nanti sekurang-kurangnya bila suami pun masa tu berusia juga sekurang-kurangnya akan ingat tentang kecantikan isterinya masa muda dulu. ingatan ini lah yang penting untuk dibawa ke hari tua...hehehehe...logik gakkan..

Kesimpulannya pilihlah perempuan yang benar-benar berkenan dihati kerana kecantikannya sebab setiap hari kamu akan menatapnya baik siang ataupun malam, pagi, petang dan sepanjang hayatmu....

Orang kata kecantikan itu bukan sahaja paras rupa tetapi yang lebih penting perangai dan sebagainya. Itu kata masyarakat.....

tapi bagi yang paham mata pelajaran biologi... Apakah fungsi kecantikan? Jawapannya adalah supaya manusia suka untuk berkelamin. Seterusnya berkeluarga dan membiak.

Maka rahsianya ialah....PILIH CALON ISTERI YANG KAMU SENANG KERANA SEKNYA.

1 comment: