Monday, April 18, 2011

COPY PASTE JE...

tADE APA NAK DibUAT CEdoK bACa bLOG oRANG lEPAS tU cOPY pASte (edit sikit2 je bagi kasi sedap)

Petikan Pertama:

Sebelum menjelangnya PRU13, elok kita bertanya kepada orang2 Cina Sarawak, Sabah dan Semenanjung dan wakil mereka DAP, apakah benar dan bersungguh sungguh mereka mahu gunakan sentimen perkauman. Sudahkah mereka fikir semasak masaknya...

Sambil menunggu jawapan mereka, elok kita orang Melayu tidak kiralah UMNO atau PAS secara individu, atas kesedaran, atas keikhlasan, kapasiti peribadi jom kita mulakan kempen membeli di kedai orang Islam sahaja kerana itu adalah wajib...


Petikan ke 2:

Undi dan Pilih Ikut Kaum
Mulai 17hb April, wajar kaum Melayu dan pribumi termasuk kaum India untuk mengikut jejak langkah kaum Cina untuk mengundi berdasarkan kaum atau lebih tepat menyokong parti yang fanatik perkauman. Di Semenanjung Melayu dan Mamak pilih UMNO atau PAS, Cina pilih DAP dan India dan Sinkh pilih MIC.. tolak MCA, Gerakan, PPP, PKR.... BN wajar dibubarkan. Selepas tamat pilihanraya jika tiada parti yang dapat majoriti memerintah maka kerajaan gabungan boleh dibentuk berdasarkan kesesuaian. Perpaduan? Harmoni? - kenapa orang Melayu sahaja perlu memikir hal tersebut

Petikan ke 3:

Melayu Melampau..
Rata rata Melayu atas pagar, Melayu akar umbi UMNO cukup marah dengan pemimpin UMNO (siapa lagi kalau bukan Najib...) yang gemar bermurah hati menghulur beberapa projek mee segera dan peruntukan demi peruntukan yang mencecah puluhan juta ringgit khususnya kepada SRJKC khususnya menjelang setiap kali pilihanraya kecil atau besar. Bagi mereka semua ini kerja bodoh umpama mencurah air di daun keladi... Yang dikejar tak dapat, yang kendung keciciran, anak kera dihutan disusukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan..

Sakit hati dan marah ini tidak pula timbul di kalangan Melayu PKR dan Melayu PAS, tidak pula tahu samada mereka ini menikmati keuntungan berganda atas apa yang Najib lakukan, mungkin mereka lebih berpuashati dan padan muka pada UMNO/BN yang kena 'kencing' berkali kali setiap kali pilihanraya.

Yang pasti untung tentulah DAP dan NGO Pendidikan China, tumpang duakaki ialah MCA dan tumpang sekaki ialah Gerakan.,

Najib tentunya lebih arif kenapa umpan dan gula gula ini tidak pernah serik serik dihulurkan setiap kali pilihanraya, tak mungkin tidak ada yang membisikkan padanya suara hati akar umbi Melayu UMNO dan Melayu atas pagar. Najib tetap berdegil dan memilih pendekatan yang sama. Sudah pasti MCA jadi batu api dan pendesak utama menjadikannya realiti.

Dalam hal sebegini orang Melayu sendiri yang wajar dipersalahkan, tidak pandai meminta minta, tidak pandai mengugut dan tidak pandai memberontak pada hak, lebih kepada merayu dan mudah percaya kepada janji2 manis tanpa sebarang 'wang pendahuluan/peruntukan awal'

Tanpa semua itu, bagi UMNO, jalan raya api letrik sudah cukup untuk membeli undi Melayu. Bagi PAS Kelantan, laungan Allah Akhbar dan slogan Membangun Bersama Islam sudah berjaya memerangkap undi dan bagi Melayu PKR, konspirasi dan reformasi adalah bekalan perjuangan mereka.

Atas kecukupan itu, meminta lebih dari itu di anggap Melayu melampau!! Menghalang dan menyuarakan bantahan akan dianggap Melayu perkauman!! Bantuan dan subsidi kepada Melayu dianggap diskriminasi!!..Peruntukan kepada SRJKC di anggap hak!!

No comments:

Post a Comment