Monday, April 18, 2011

COPY PASTE JE...

tADE APA NAK DibUAT CEdoK bACa bLOG oRANG lEPAS tU cOPY pASte (edit sikit2 je bagi kasi sedap)

Petikan Pertama:

Sebelum menjelangnya PRU13, elok kita bertanya kepada orang2 Cina Sarawak, Sabah dan Semenanjung dan wakil mereka DAP, apakah benar dan bersungguh sungguh mereka mahu gunakan sentimen perkauman. Sudahkah mereka fikir semasak masaknya...

Sambil menunggu jawapan mereka, elok kita orang Melayu tidak kiralah UMNO atau PAS secara individu, atas kesedaran, atas keikhlasan, kapasiti peribadi jom kita mulakan kempen membeli di kedai orang Islam sahaja kerana itu adalah wajib...


Petikan ke 2:

Undi dan Pilih Ikut Kaum
Mulai 17hb April, wajar kaum Melayu dan pribumi termasuk kaum India untuk mengikut jejak langkah kaum Cina untuk mengundi berdasarkan kaum atau lebih tepat menyokong parti yang fanatik perkauman. Di Semenanjung Melayu dan Mamak pilih UMNO atau PAS, Cina pilih DAP dan India dan Sinkh pilih MIC.. tolak MCA, Gerakan, PPP, PKR.... BN wajar dibubarkan. Selepas tamat pilihanraya jika tiada parti yang dapat majoriti memerintah maka kerajaan gabungan boleh dibentuk berdasarkan kesesuaian. Perpaduan? Harmoni? - kenapa orang Melayu sahaja perlu memikir hal tersebut

Petikan ke 3:

Melayu Melampau..
Rata rata Melayu atas pagar, Melayu akar umbi UMNO cukup marah dengan pemimpin UMNO (siapa lagi kalau bukan Najib...) yang gemar bermurah hati menghulur beberapa projek mee segera dan peruntukan demi peruntukan yang mencecah puluhan juta ringgit khususnya kepada SRJKC khususnya menjelang setiap kali pilihanraya kecil atau besar. Bagi mereka semua ini kerja bodoh umpama mencurah air di daun keladi... Yang dikejar tak dapat, yang kendung keciciran, anak kera dihutan disusukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan..

Sakit hati dan marah ini tidak pula timbul di kalangan Melayu PKR dan Melayu PAS, tidak pula tahu samada mereka ini menikmati keuntungan berganda atas apa yang Najib lakukan, mungkin mereka lebih berpuashati dan padan muka pada UMNO/BN yang kena 'kencing' berkali kali setiap kali pilihanraya.

Yang pasti untung tentulah DAP dan NGO Pendidikan China, tumpang duakaki ialah MCA dan tumpang sekaki ialah Gerakan.,

Najib tentunya lebih arif kenapa umpan dan gula gula ini tidak pernah serik serik dihulurkan setiap kali pilihanraya, tak mungkin tidak ada yang membisikkan padanya suara hati akar umbi Melayu UMNO dan Melayu atas pagar. Najib tetap berdegil dan memilih pendekatan yang sama. Sudah pasti MCA jadi batu api dan pendesak utama menjadikannya realiti.

Dalam hal sebegini orang Melayu sendiri yang wajar dipersalahkan, tidak pandai meminta minta, tidak pandai mengugut dan tidak pandai memberontak pada hak, lebih kepada merayu dan mudah percaya kepada janji2 manis tanpa sebarang 'wang pendahuluan/peruntukan awal'

Tanpa semua itu, bagi UMNO, jalan raya api letrik sudah cukup untuk membeli undi Melayu. Bagi PAS Kelantan, laungan Allah Akhbar dan slogan Membangun Bersama Islam sudah berjaya memerangkap undi dan bagi Melayu PKR, konspirasi dan reformasi adalah bekalan perjuangan mereka.

Atas kecukupan itu, meminta lebih dari itu di anggap Melayu melampau!! Menghalang dan menyuarakan bantahan akan dianggap Melayu perkauman!! Bantuan dan subsidi kepada Melayu dianggap diskriminasi!!..Peruntukan kepada SRJKC di anggap hak!!

Tuesday, April 12, 2011

pErlu ke TUkaR kErEta BaRU



Speedometer...dah 116971 kilometer kereta ini berjalan dalam tempoh 8 tahun. Rasanya tak la banyak sangat kilometer jika dikira dengan usia kereta ini. Maklumlah yang jadi mangsa untuk berulang-alik pergi balik kerja kereta yg satu lagi. Memang teruk kereta yang satu tu kene lanyak tapi yang saya paling 'respek' pada kereta tempatan...maintenance rendah, jimat minyak dan lasak....

Kembali pada tajuk di atas...perlu atau tidak???..Sedang berkira-kira nak sambar model kereta idaman tapi bila dipikirkan kata- kata big boss pagi tadi....erm...... takper...pikir panjang-panjang dulu...

1. Sepanjang guna tak penah meragam...cuma tingkap tu dah 3 kali tukar..last-last fed-up sangat guna alat ganti tiruan yang dibuat dari besi..Alhamdulilah dah 3 tahun guna tak ada masalah lagi.( Yang ini pihak pengilang kene la rasa malu sebab apa alatganti tulen mereka terlalu rendah kualiti dibandingkan dengan sesetengah alatganti tiruan yang ada di pasaran)

2. Cat dah mula pudar di beberapa bahagian terutama di bahagian bumper...

3. Panas hati tengok adik yang baru keje dah pakai kereta import...hehehehe...

Saturday, April 2, 2011

MEMILIH PASANGAN HIDUP


Artikal ini saya jumpa dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu dan saya petik setakat isi yang penting-penting sahaja.

Tajuknya: Memilih Pasangan Hidup

Percayalah kepada 'Kata Hati' terhadap siapa yang hendak dipilih sebagai pasangan hidup.

Syarat pertama bagimu untuk memilih bakal suami/isteri ialah dia hendaklah benar-benar yang kamu cinta, tidak ada keraguan dan berbelah bahagi...

Jika ada setitik keraguan...tangguhlah dahulu. Ini merupakan pilihan untuk hidup sepanjang hayat. Kalau silap memilih, tidak ada jalan penyelesaian. Untuk bercerai dan berganti baru adalah jauh lebih susah daripada mula-mula kita khawin...

Kriteria;

- Calon mestilah yang beragama, keturunan baik-baik,berpendidikan dan di zaman ini pula lebih baik memilih yang berkerjaya bagus di samping faktor kesihatan.

- bagi lelaki pula disamping itu ada satu faktor yang paling penting selain disebutkn itu. Lelaki yang normal, cukup hormon(tidak songsang)mesti memilih wanita yang cantik....Ya..cantik tu subjektif bagi pandangan seseorang.Untungnya bagi wanita pula...Ada perempuan yang dipandang cantik oleh lelaki tertentu dan ada pula yang tidak menarik bagi lelaki lain. Jadi semua wanita mempunyai peluang yang sama untuk hidup berpasangan...(ehhh..paham ker tulisan saya ni...heheheh pikir sendiri la ye..)

Sememangnya kecantikan akan pudar ditelan usia tapi makan masa bertahun juga. Bila pudar nanti sekurang-kurangnya bila suami pun masa tu berusia juga sekurang-kurangnya akan ingat tentang kecantikan isterinya masa muda dulu. ingatan ini lah yang penting untuk dibawa ke hari tua...hehehehe...logik gakkan..

Kesimpulannya pilihlah perempuan yang benar-benar berkenan dihati kerana kecantikannya sebab setiap hari kamu akan menatapnya baik siang ataupun malam, pagi, petang dan sepanjang hayatmu....

Orang kata kecantikan itu bukan sahaja paras rupa tetapi yang lebih penting perangai dan sebagainya. Itu kata masyarakat.....

tapi bagi yang paham mata pelajaran biologi... Apakah fungsi kecantikan? Jawapannya adalah supaya manusia suka untuk berkelamin. Seterusnya berkeluarga dan membiak.

Maka rahsianya ialah....PILIH CALON ISTERI YANG KAMU SENANG KERANA SEKNYA.

Friday, April 1, 2011

Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria


Dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Isterinya Datin Seri Hajjah Ainon binti Abdul Ghani. Anak 4 orang. Tinggal di 109, Jalan Abdul Hamid, Kampung Melayu, Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak.

Pendidikan

* 1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya , Klang, Selangor
* 1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
* 1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
* Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
* Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
* Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)

Jawatan

* 1992 – Sekarang: Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak
* 1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
* 1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
* 1970 – 1984: Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
* 1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.
* 1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
* 1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri


Penerbitan

# rsyad Hukum (Menyentuh Persoalan Semasa)
# Muammalah Hidup Islam – (Kompilasi 13 Tajuk Kertas-kerja) (1996)
# Syaitan Musuh Insan, Tahun (4) Siri (17) (1398/1978)
# Hukum-Hukum Perkahwinan (1999)
# Amalan Di Bulan Ramadhan Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah (1998)
# Rukyah dan Hisab (2000)
# Ibadah Qurban (1999)

Ishak bin Baharom




Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan, dan juga merupakan seorang pendakwah bebas. Beliau telah dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jaafar, berketurunan Banjar, berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manong, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini mereka mendapat 3 orang anak.

Dato Haji Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Beliau menjawat jawatan Mufti Selangor pada 16 Ogos 1985 dan disahkan oleh Sultan Selangor. Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik sebagai Mufti Selangor pada 1985 ialah Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38 Sabak Bernam. Beliau menjawat jawatan mufti selama 12 tahun (1985-1997).

Beliau bekerjasama dengan para peguam syarie untuk memantapkan undang-undang Islam terutama undang-undang jenayah Islam di Selangor. Timbalan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Muhammad Burok melihat inisiatif beliau mendapat sambutan masyarakat Islam.

Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Allayarham telah 'dipecat' daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Kerajaan negeri Selangor menggunakan istilah 'tidak memperbaharui kontrak' beliau yang akan tamat pada Oktober 1997. Ketika itu umur beliau 70 tahun.

Tindakan tegas beliau ini disifatkan sebagai suara berani seorang mufti di Malaysia. Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menyifatkan beliau sukar dicari ganti.

Sungguhpun Allahyarham tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Pandangan

Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. [1] Media menyiarkan bantahan orang ramai terhadap tindakan menggari tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik itu, Pertandingan itu telah diadakan pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak. Ahmad Lutfi Othman telah mengupas isu ini dalam buku bertajuk "Mufti lawan Mahathir".

Penceramah PAS

Sumbangan idea dan pemikirannya berterusan apabila Allahyarham bergiat aktif dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik ahli Majlis Syura' Ulama PAS bagi tempoh dua penggal iaitu 2003-2005 dan 2005-2007.

Beliau telah dijemput menberikan penerangan tentang kesyumulan Islam di pentas-pentas politik PAS.

Pada 30 Januari 2008, Dato' Haji Ishak, berumur 80 tahun, meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala pada jam 2.30 pagi di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang . Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau tidak sedarkan diri dan koma akibat pedarahan dalam kepala.Jenazah beliau dibawa ke rumah beliau di No 194 Jalan Tun Sambanthan Taman Sri Andalas Klang. Kemudian dikebumikan pada 31 Januari 2008 di kompleks Makam di Raja, Selangor.